skip to main | skip to sidebar

Usahawan Graduan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
Thursday, November 10, 2011

Noor Aini Usahawan Roti

Posted by Administrator at 5:52 PM –
 
Antara roti dan kek beraneka jenis yang diusahakan oleh Noor Aini Abdullah di sekitar Pekan Sik, Kedah
SIK 23 April – Mungkin ramai tidak sanggup melepaskan jawatan bergaji tetap, apatah lagi ketika berada di kampung halaman sendiri semata-mata untuk menjalankan perniagaan khususnya pada zaman kemelesetan ekonomi.

Perkara ini bagaimanapun berbeza dengan seorang bekas lepasan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Noor Aini Abdullah, 28, dari Kampung Sungai Semiar, Jeneri, di sini, yang sanggup meninggalkan jawatan berstatus pengurus untuk menghadapi cabaran lebih besar iaitu membuka kedai roti dan kek.Pemegang Ijazah Bio-Teknologi itu berkata, sebelum ini, dia pernah memegang jawatan pengurus akaun di sebuah koperasi di bandar ini sebelum menyertai sebuah yayasan sebagai pengurus projek tetapi kemudiannya beralih ke bidang perniagaan pada 2007.

Menurut Noor Aini, dia tidak menyesal meninggalkan jawatan berkedudukan tinggi itu kerana selain menyahut seruan kerajaan untuk menambah jumlah usahawan di kalangan bumiputera, bidang perniagaan diceburinya ternyata membuahkan hasil cukup memberangsangkan. Menyewa sebuah kedai kecil di Stesen Bas Sik, Noor Aini menjalankan operasi kedai roti dan kek atas jenama Srikanis yang ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Saya memulakan perniagaan dengan modal RM15,000 termasuk membeli ketuhar, mesin pengadun dan sebagainya dengan mendapat kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan). Saya belajar membuat roti dan kek daripada rakan-rakan sewaktu di Unimas dan mengikuti kursus di Kolej Komuniti di sini, ditambah dengan kreativiti sendiri untuk mencuba sesuatu resepi,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Dengan dibantu dua pekerja, Noor Aini memberitahu, dia bukan sekadar menjual produk keluarannya itu di gerai tersebut, malah menjadi pembekal tetap roti daging dan pizza di sekolah-sekolah sekitar daerah Sik, Baling dan Sungai Petani dan Yan.  “Syukur kerana setakat ini saya menerima tempahan roti daging dan pizza untuk sekolah-sekolah sebanyak 1,000 biji sehari. Produk keluaran saya khususnya roti daging cukup disukai tetapi bagi menjaga kualiti, saya mengeluarkannya mengikut tempahan kerana ia tidak boleh disimpan lama,” tambahnya yang mendapat galakan daripada suami, Noor Azman Othman.

Selain itu, kata Noor Aini, dia menjual biskut dan kuih tradisional seperti baulu dan sebagainya. “Sambutan baik, selain roti daging dan pizza, biskut, kuih tradisonal dan kek menarik minat ramai mengikut musim. Contohnya, pada musim cuti sekolah, saya menerima banyak tempahan kek untuk majlis-majlis perkahwinan yang diadakan pada ketika itu,” katanya.

Noor Aini berkata, keluaran kedainya itu dijual pada harga berpatutan mengikut jenis iaitu dari serendah 80 sen hingga RM1.50 untuk roti dan RM15 hingga RM70 untuk kek. “Cadangan saya tentulah untuk membesarkan perniagaan dan saya akan tingkatkan lagi usaha bagi mencapai matlamat tersebut,” katanya.


(Sumber :: http://harizamrry.com/2009/04/noor-aini-usahawan-roti)
Newer Post Older Post
  • Popular
  • Recent
  • Archives

Usahawan Graduan

  • Noor Aini Usahawan Roti
    Antara roti dan kek beraneka jenis yang diusahakan oleh Noor Aini Abdullah di sekitar Pekan Sik, Kedah SIK 23 April – Mungkin ramai ...
  • Mohd. Shahrul lulusan UPM usahawan tani berjaya
    KULIM 12 Mei – Ketika rakan-rakan lain memilih kerja makan gaji selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun bag...
  • Siswazah Menganggur 5 Tahun Jadi Usahawan Tani Berjaya
    JAMALUDDIN Abdul Rashid yang dulunya siswazah menganggur kini menjadi usahawan tani yang berjaya di hadapan banglonya di Kampung Sadek, ...
  • Hidup Senang Dengan Hasil Timun
    Nurwahidah Hambali (kiri) dibantu oleh pekerjanya membungkus timun yang dipetik untuk dipasarkan KUALA SELANGOR 29 Julai – Tidak muda...
  • Irfan Khairi Jutawan Muda
    Irfan Khairi, Jutawan Internet Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap ins...
  • Tanaman Cendawan Berbaloi
    Eruan bersama cendawannya DUNGUN 24 Nov. – Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah syarikat te...
  • Coklat Diabetis Zyraz
    SETELAH tiga nama dikatakan tidak serasi, Azian Razak akhirnya memilih untuk menggabungkan nama ibu dan bapa tercinta sebagai jenama...
  • Pakar Bidang IT Terjun ke Kolam Ternakan
    Ikan Keli yang diternak oleh Syarikat Dimensi Rebana sentiasa mendapat permintaan BUKAN mudah bagi seorang yang sudah lama berkecimp...
  • Pengusaha Laman Web Dan Blog
    HANYA menerusi iklan yang masuk ke dalam laman web atau blog, Samsul Zamzuri mampu memperoleh pendapatan lima angka sebulan. SELAIN ...
  • Tekad Usahawan Baru Generasi dot.my
    SIAPA kata anak Melayu tidak mampu merentas sempadan dan berdiri di atas kaki sendiri untuk meniaga? B agi enam anak muda, walaupun baru...

Special Quote

"Perfection is achieved, not when there is nothing more to add, but when there is nothing left to take away."

PAUTAN

QQ

Archives

  • ▼  2011 (10)
    • ▼  November (10)
      • Hidup Senang Dengan Hasil Timun
      • Pakar Bidang IT Terjun ke Kolam Ternakan
      • Noor Aini Usahawan Roti
      • Tekad Usahawan Baru Generasi dot.my
      • Siswazah Menganggur 5 Tahun Jadi Usahawan Tani Ber...
      • Irfan Khairi Jutawan Muda
      • Coklat Diabetis Zyraz
      • Tanaman Cendawan Berbaloi
      • Mohd. Shahrul lulusan UPM usahawan tani berjaya
      • Pengusaha Laman Web Dan Blog
 
 
 
© 2011 Usahawan Graduan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger