skip to main | skip to sidebar

Usahawan Graduan

Pages

  • Home
 
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
    • Child Menu 1.1
    • Child Menu 1.2
    • Child Menu 1.3
    • Child Menu 2.1
    • Child Menu 2.2
    • Child Menu 2.3
Thursday, November 10, 2011

Hidup Senang Dengan Hasil Timun

Posted by Administrator at 5:33 PM –
 
Nurwahidah Hambali (kiri) dibantu oleh pekerjanya membungkus timun yang dipetik untuk dipasarkan
KUALA SELANGOR 29 Julai – Tidak mudah menyerah kalah dan kuat semangat merupakan kunci kejayaan, Nurwahidah Hambali, 28, pengusaha muda yang kini hidup selesa dengan hasil dari ladang timun seluas 0.6 hektar miliknya.

Menurut graduan Institut Pertanian Semenanjung Malaysia itu, jika semangatnya tidak kuat, pasti ladang timun yang diusahakan sejak empat tahun lalu dan kini memberi pendapatan sehingga RM5,000 sebulan, telah lama berkubur. Ini kerana, kata Nurwahidah, pada tahun pertama dia mengusahakan ladang timun tersebut, beliau mengalami kerugian besar akibat pokok timunnya tidak menjadi. Namun, berkat kesabaran dan sokongan suaminya, Norhisham Ramlan, 35, ibu kepada dua anak ini meneruskan tanaman timunnya di samping mengikuti kursus-kursus tambahan bagi menambahkan ilmu dan pengalaman. Akhirnya, dia bangkit semula dan kini berjaya mendapat hasil yang sememangnya lumayan sehingga terpaksa mendapat bantuan empat pekerja kerana tidak cukup tangan untuk mengerjakan ladang sendirian.

“Kini bagi mendapatkan hasil tanaman yang lebih banyak dan bermutu, saya menggunakan kaedah tanaman fertigasi iaitu penanaman di bawah satu bumbung dengan permulaan 4,000 beg. Saya juga masih meneruskan tanaman timun di atas tanah,” kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ditanya mengapa beliau memilih menanam timun sebagai punca rezekinya, Nurwahidah berkata, timun kini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan harga ladangnya juga menguntungkan iaitu RM1 hingga RM1.30 sekilogram. Tambahnya, penjagaan tanaman timun juga tidak terlalu rumit kerana apa yang penting ialah benih yang baik, dibaja seminggu sekali, disiram dua kali sehari dan dikawal dari serangga perosak.

“Selepas satu musim atau 65 hari, 15 tan timun sudah boleh dipetik secara berperingkat-peringkat setiap hari untuk dipasarkan. Perlu diingat, timun seelok-eloknya dipetik pada sebelah pagi bagi menjamin kesegarannya,” tambahnya lagi.

Ujar Nurwahidah, dia menjual 60 peratus hasil timunnya kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang datang mengambil timun di kebunnya enam kali seminggu. Sebahagian lagi hasil tanaman timun itu, katanya, akan dijual di pasar atau kedai runcit di sekitar Kuala Selangor. Dia berhasrat meluaskan projek timunnya kepada 1.2 hektar pada masa depan bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan memenuhi permintaan di pasaran.

“Bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, saya melihat bekalan makanan mentah akan berkurangan berikutan krisis ekonomi sejagat. Jadi saya berharap dapat membantu dengan hasil tanaman saya ketika itu,” katanya yang juga menanam cili padi, cili merah dan selepas ini bakal memulakan tanaman tembikai wangi pula.
(Sumber :: http://harizamrry.com/2008/07/hidup-senang-dengan-hasil-timun)
Newer Post
  • Popular
  • Recent
  • Archives

Usahawan Graduan

  • Noor Aini Usahawan Roti
    Antara roti dan kek beraneka jenis yang diusahakan oleh Noor Aini Abdullah di sekitar Pekan Sik, Kedah SIK 23 April – Mungkin ramai ...
  • Mohd. Shahrul lulusan UPM usahawan tani berjaya
    KULIM 12 Mei – Ketika rakan-rakan lain memilih kerja makan gaji selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun bag...
  • Siswazah Menganggur 5 Tahun Jadi Usahawan Tani Berjaya
    JAMALUDDIN Abdul Rashid yang dulunya siswazah menganggur kini menjadi usahawan tani yang berjaya di hadapan banglonya di Kampung Sadek, ...
  • Hidup Senang Dengan Hasil Timun
    Nurwahidah Hambali (kiri) dibantu oleh pekerjanya membungkus timun yang dipetik untuk dipasarkan KUALA SELANGOR 29 Julai – Tidak muda...
  • Irfan Khairi Jutawan Muda
    Irfan Khairi, Jutawan Internet Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap ins...
  • Tanaman Cendawan Berbaloi
    Eruan bersama cendawannya DUNGUN 24 Nov. – Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah syarikat te...
  • Coklat Diabetis Zyraz
    SETELAH tiga nama dikatakan tidak serasi, Azian Razak akhirnya memilih untuk menggabungkan nama ibu dan bapa tercinta sebagai jenama...
  • Pakar Bidang IT Terjun ke Kolam Ternakan
    Ikan Keli yang diternak oleh Syarikat Dimensi Rebana sentiasa mendapat permintaan BUKAN mudah bagi seorang yang sudah lama berkecimp...
  • Pengusaha Laman Web Dan Blog
    HANYA menerusi iklan yang masuk ke dalam laman web atau blog, Samsul Zamzuri mampu memperoleh pendapatan lima angka sebulan. SELAIN ...
  • Tekad Usahawan Baru Generasi dot.my
    SIAPA kata anak Melayu tidak mampu merentas sempadan dan berdiri di atas kaki sendiri untuk meniaga? B agi enam anak muda, walaupun baru...

Special Quote

"Perfection is achieved, not when there is nothing more to add, but when there is nothing left to take away."

PAUTAN

QQ

Archives

  • ▼  2011 (10)
    • ▼  November (10)
      • Hidup Senang Dengan Hasil Timun
      • Pakar Bidang IT Terjun ke Kolam Ternakan
      • Noor Aini Usahawan Roti
      • Tekad Usahawan Baru Generasi dot.my
      • Siswazah Menganggur 5 Tahun Jadi Usahawan Tani Ber...
      • Irfan Khairi Jutawan Muda
      • Coklat Diabetis Zyraz
      • Tanaman Cendawan Berbaloi
      • Mohd. Shahrul lulusan UPM usahawan tani berjaya
      • Pengusaha Laman Web Dan Blog
 
 
 
© 2011 Usahawan Graduan | Designs by Web2feel & Fab Themes

Bloggerized by DheTemplate.com - Main Blogger